Popular Posts

Sunday, 4 December 2011

Sejak dia pergi

Entahlah apa yang terjadi dengan aku. Sepatutnya aku sudah terima yang dia telah pergi dari kehidupan aku dan tak akan pernah kembali. Tapi,semakin aku mahu melupakan dia,semakin aku ingat pada dia. Dia seolah-olah bayangan yang sentiasa menghantui ku dan tak akan pernah keluar dari hidup aku. Aku akui yang aku sangat terseksa sejak kepergian dia. Tapi,seharusnya aku dah boleh terima itu semua. Aku tak bermakna untuk dia lagi. Tapi,kenapa dia masih bermakna dalam hidup aku? Kenapa aku merasa yang dia akan kembali ke pangkuan ku? Semua itu adalah mustahil. Aku tersepit dalam perasaan ku sendiri. Dia hanyalah masa lalu ku. Aku mula terfikir yang aku adalah manusia yang paling bodoh kerana telah menerimanya dalam hidup aku tanpa menyedari yang dia hanya mempermainkan aku. Cinta itu memang satu anugerah. Namun,kalau kejadiannya sudah begini,adakah ini satu anugerah? Aku keliru. Bagaimana perasaan cinta ini boleh wujud kembali setelah begitu lama terkubur? Bagaimana dia boleh membuka hati ku yang sekian lama tertutup untuk mencintai? Aku tertanya-tanya. Selama ini tiada siapa yang mampu melakukan ini. Kenapa dia?
Sekarang semua lagu yang sering dimainkan seolah-olah mengenakan aku. Seperti lagu Sudahi perih ini,Bukan milikku,Beri kesempatan dan lain-lainnya. Perasaan aku terganggu bila dengar lagu-lagu itu. Apa yang harus aku lakukan? Muzik adalah dunia ku. Tak mungkin aku akan berpisah dengan dunia ku. Dunia yang telah bersama aku sejak aku di lahirkan.Aku bingung. Situasi ini sangat menyakitkan aku. Rindu di hati semakin meluap. Aku sangat cintakan dia. Aku mahu dia. Tapi,aku sedar,aku tak akan dapat. 

No comments: