Popular Posts

Thursday, 8 December 2011

Saat Terakhir

Dia membelai ku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang yang teramat dalam. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman untuknya. Aku mencapai rokok dan mancis di sebelah beg galas ku. Aku mengambil sebatang rokok dan menghisapnya. Azuan memecah kesunyian.

"Adik,kalau boleh,abang nak adik kurangkan merokok. Adik tahukan,itu memudaratkan kesihatan adik?"

"Ya adik tahu. Adik cuba ya? Abang pun bimbing adiklah." Aku menjawab dengan penuh manja.

Dia tersenyum. Senyumannya indah dan sangat bermakna buat aku. Tidak lama kemudian,dia membuka komputer ribanya untuk menyiapkan kerjanya. Walaupun dia tua 5 tahun dariku,tapi,dia sangat mengerti keadaan aku.Dia selalu memberi semangat dikala aku kecundang.

"Yanna,mana Azuan?"Tanya Khairul,rakan sekuliah Azuan.

"Entah. Tadi dia kata,ada hal penting yang dia nak buat. Agaknya dia beli buku lah tu." Jawabku selamba.

Tiba-tiba dia menghulurkan sekuntum bunga mawar merah di hadapan ku. Aku tergamam. Aku merenungnya untuk seketika sebelum bertanya kenapa dia memberi aku bunga. Senyumannya buat aku kaku dan lidah ku keluh untuk berkata apa-apa. Renungannya menusuk ke dalam hati ku. Aku jadi hilang kawalan.

"Selamat hari jadi." Itu ayat yang keluar dari mulutnya.

Aku terus memeluknya dan airmataku berlinang tanpa pinta ku. Dia selalu memberi aku kejutan dan selalu membahagiakan aku. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan selain menangis di pelukannya. Dia ingat hari lahir ku sedangkan aku sendiri lupa. Aku cuba mengawal emosi ku dan meleraikan pelukan yang cukup lama. Dengan lembut dia mengusap airmata yang membanjiri pipi. Tangisan ku redah bila dia menghadiahkan senyuman yang paling manis.

"Abang sayangkan adik. Abang hanya nak tengok adik tersenyum dan bahagia bersama abang. Abang akan terseksa dan merasa bersalah seumur hidup abang kalau adik terluka kerana abang." Itu katanya semasa kami berada di tepi pantai.

Angin yang bertiup menyapa rambutnya. Sambil dia memegang tanganku,dia berlutut di hadapan ku tanpa menghiraukan mata yang memandang ke arah kami. Dia mengucup tangan ku yang sejuk. Lalu matanya yang berwarna coklat merenung tepat ke arah anak mata ku. Dia memang kacak.

"Sudikah adik menemani abang sehingga abang menghembuskan nafas terakhir abang?"

Tanpa berlengah aku terus mengangguk. Dia berdiri dan terus memelukku dengan pelukan hangatnya. Seolah-olah pelukan itu takkan terlerai untuk selamanya. Aku bahagia dan tak mampu mengawal emosi ku. Aku hanya seorang wanita yang sudah tentu mempunyai perasaan yang mudah tersentuh. Dialah lelaki pertama yang membuat aku rasa di sayangi dan di sanjung. Dia terlalu istimewa untukku dan begitu juga dia. Sedikit demi sedikit aku berubah.

Kemeriahan malam itu tidak mengganggu pandangannya terhadap aku. Aku tersipu dengan renungannya. Aku juga hairan dengan renungannya. Tidak pernah dia merenung aku sebegitu rupa. Ada maksud yang tersirat dalam renungannya itu.

"Kenapa abang pandang adik macam tu?"

"Abang cuma berfikir. Kalau suatu hari abang mati,adakah adik akan melupakan abang?"

Aku tergamam dan dengan serta merta airmata mula menyelubungi mata ku. Aku terkilan dengan katanya tadi. Seolah-olah perkara itu akan terjadi.

"Kenapa abang cakap macam tu? Abang nak tinggalkan adik ke?"

"Tak,itukan cuma andaian abang. Abang tak mungkin dapat hidup tanpa adik. Abang terlalu sayangkan adik. Terlalu cintakan adik."

"Habis tu,kenapa abang cakap macam tu? Adik tak nak abang ulang lagi! Adik tak suka."

Dia senyum. Senyumannya kelihatan hambar dan tak bermaya,tidak seperti selalunya. Aku mula terfikir akan ayatnya sebentar tadi. Akankah aku mampu? Tidak! Aku tak mungkin mampu. Aku cuba melupakan katanya tadi.

Sudah seminggu Azuan di kampungnya. Walaupun rindu tapi,aku lega kerana dia akan menghubungiku setiap lima jam. Satu malam,dia menghubungi ku tapi,aku terasa amat jauh darinya. Hati ku berdegup kencang.

"Adik sayang abang tak?"

"Mestilah adik sayang. Kan bulan depan ibu nak datang merisik adik? Kita akn bertunang tak lama lagi. Kalau adik tak sayangkan abang,kenapa adik setuju nak bertunang dengan abang?"

"Abang tanya je. Erm,kalau kita tak jadi bertunang,dan abang dah takde kat dunia ni lagi,adik buka hati adik untuk orang lain ya?"

"Apa abang cakap ni?! Abang tak nak tunang dengan adik ke?! Abang tak sayang  adik?!"

"Tak,bukan begitu. Abang sayang adik. Abang nak bertunang dengan adik. Malah,abang nak bina keluarga yang bahagia bersama adik. Tapi,semua nya ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang sayang."

"Abang jangan tinggalkan adik tau! Adik tak mahu!"

"Insya Allah."

Malam itu aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Setiap kali aku mahu terlelap,sesuatu mengganggu ku. sehingga keesokan harinya. Aku rasa tak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang buruk telah terjadi. Azuan tidak menghubungiku sejak Subuh tadi. Aku mula risau. Wajah Azuan sering bermain di fikiran ku. Apa yang aku lakukan serba tak kena. Selepas pulang dari sekolah,aku terus mencapai telefon bimbit ku.

"Ya Allah. 40 miss call dari abang."

Aku terus menghubungi Azuan.

"Assalamualaikum,Yanna?" Suara ibu,emak Azuan,di talian. Aku mula berdebar. Suaranya serak seperti baru habis menangis.

"Waalaikumsalam,bu. Ibu kenapa? Ibu sihat?" Tanya ku.

"Yanna tabah dan kuatkan hati ya? Ibu nak bagi berita buruk ni."Belum sempat ibu bercakap,ibu meraung. Aku semakin gementar. Apa yang terjadi? Azhim,adik Azuan yang sebaya dengan ku mengambil alih telefon dan bercakap dengan ku.

"Abang Azuan dah meninggal dunia,Yanna. Meninggal dua jam yang lepas. Kami dah cuba hubungi Yanna,tapi,Yanna tak angkat. Mungkin masa tu Yanna kat sekolah."

Aku terkejut. Airmata ku mengalir tak tertahan lagi. Telefon jatuh ke lantai. Aku tak mampu untuk berdiri. Pandangan ku gelap. Tubuhku hilang keseimbangan. Benarkah semua ini? Atau aku hanya bermimpi? Aku terduduk. Aku tersedar dari lamunan ku dan mencapai telefon bimbit ku kembali dan menghubungi Azhim.

"Abang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa hendak membeli tiket balik kesana. Abang bawa motor Him. Yanna tabah,ya? Him tahu Yanna boleh hadapi semua ini. Semua ini ketentuan Allah."

Sudah sebulan kepergian Azuan. Aku masih berkabung. Keceriaan ku hilang. Aku selalu duduk termenung di tepi pantai di mana tempat Azuan melamar ku. Airmata tak henti mengalir. Kenapa kami di pisahkan? Semas dalam perjalanan pulang,Azhim menghubungi aku.

"Yanna,saya ada kat rumah abang. Saya datang nak ambil barang-barang abang. Tapi,ada sesuatu yang saya rasa ianya milik awak dan harus awak ambil disini."

"Baiklah,awak tunggu saya kat (tempat abang Azuan belajar). Saya on the way."

Sepucuk surat di beri oleh Azhim kepada ku. Aku terimanya dengan tangan yang tergetar. Aku membaca isi surat itu. Aku rebah. Azhim memelukku dan menenangkan aku. Azhim turut menangis bersamaku. Kami telah kehilangan orang yang sangat istimewa untuk kami.

Isi surat:

Assalamualaikum,adik.

           Mungkin bila adik baca surat ini,abang tak lagi di sisi adik. Jujur abang katakan,abang terlalu cintakan adik. Abang tak tahu kenapa abang rasa yang abang akan pergi tinggalkan adik. Padahal abang sangat berat tinggalkan adik. Abang minta maaf kalau abang tak dapat jaga adik untuk selamanya. Abang nak sangat memperisterikan adik. Tapi,nampaknya abang tak dapat. Abang harap adik tak lupakan abang walaupun abang telah pergi untuk selamanya. Tapi,adik juga harus buka hati adik untuk lelaki lain. Lelaki yang boleh jaga adik bagi pihak abang. Abang hanya mampu doakan kebahagiaan adik. Abang tak pernah ada perempuan lain dalam hubungan kita ni. Tapi,cemburu adik buat abang rasa yang adik memang cintakan abang. Terima kasih untuk semua yang telah adik lakukan untuk abang. Terima kasih kerana jadikan abang cinta pertama adik. Adik pun cinta pertama abang. Dan adik jugalah cinta terakhir abang. Cintailah insan yang mencintai adik. Abang akan selalu mencintai adik. Abang sayang adik untuk selamanya.
Selamat tinggal. Jangan lupakan abang ya?
                                                                                                                                  Muhammad Azuan

No comments: