aQ duduk di taman sambil makan burger. Tidak lama kemudian,orang yang aku tunggu-tunggu tiba juga. Sambil memberi senyuman dia duduk di sebelah ku. Aku yakin,dia tahu bahawa dia lambat datang. Sudah hampir setengah jam aku menunggu dia di taman itu.
"Maaf,traffic jam. Handph0ne pula l0w bat. Jangan marah ya?" Katanya selamba.
Tanpa banyak cakap,aku menum muka Roslan. Semua kawan-kawan ku tahu yang aku tidak suka menunggu. Tiada siapa yang boleh buat aku menunggu walau seminit pun. Aku terus berlalu. Roslan mengejarku dan menarik lengan ku.
"Maaflah. Takkan lambat sikit pun dah meradang?"
"Kau tahukan yang aku paling tak suka menunggu? Apasal kau buat aku tunggu kau? Ingat kau je ke yang aku urus? Maaf ya,banyak lagi kerja ku nak di buat selain menunggu kau." Jawab ku marah.
Tanpa menghiraukan dia,aku terus berlalu. Setelah kematian Azuan,aku jadi seorang yang agresif dan buat sesuatu ikut suka hati ku tanpa menghiraukan perasaan mereka. Aku terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan Roslan yang terpingah-pingah melihat sikap ku. Rosalan adalah kekasihku yang tak pernah ku anggap sebagai kekasih. Aku menerimanya hanya untuk membalas dendam ku terhadap lelaki. Bukan hanya dia,terdapat ramai lagi lelaki yang sudah dan akan aku mainkan. Entah sampai bila aku begini. Kehilangan Azuan benar-benar memberi kesan untuk ku. Kawan-kawan ku tak mampu berkata apa-apa.
"Dann,ada orang cari kau tu. Agaknya boy kaulah tu." Kata Azmi,abang angkat ku.
"Biarlah dia. Kalau dia perlu sangat nak jumpa saya,pandai-pandailah dia datang sini. Dia bukan orang penting pun."
Tidak lama kemudian,Nik datang ke meja di mana aku dan kawan-kawan ku sedang berbual. Nik menghempas meja itu menyebabkan air minuman kami tertumpah. Aku dengan marah memukul Nik tanpa belas kasihan. Kawan-kawan ku menarik aku dan meleraikan pergaduhan itu. Azmi menarik kolar baju Nik.
"Kau apasal? Tiba-tiba je cari gaduh kat tempat orang?"
"Kau tanya pada Yanna! Kenapa dia mainkan perasaan aku? Aku ikhlas menyayangi dia!"
"Hoi!!! Kau tak perasan ke? Selama ni,aku tak pernah suka kau! Walau apa pun yang kau buat,aku takkan pernah suka dengan kau!!! Kau bukan sesiapa lah untuk aku!!!" Aku mengelap darah yang keluar dari mulutku.
Nik berlalu dengan kemarahan yang meluap dalam dirinya. Aku telah sematkan dalam diri ku,aku takkan mencintai sesiapa kerana hatiku hanya milik Azuan. Lelaki pertama yang aku cintai. Dia telah mengubur kan perasaan cinta ku bersama jasadnya. Aku tak mungkin dapat mencintai lelaki lain dalam diri aku walaupun lelaki itu terlalu mencintai aku dan sanggup melakukan apa saja untukku. Aku sudah terlanjur membenci lelaki. Walaupun kawan-kawan ku semua lelaki.
Aku sampai ke rumah pada pukul 2 pagi. Aku buka radio. Lagu yang ke udara sekarang adalah lagu Agnes monica,Tanpa Kekasihku. Airmataku mengalir dan tak dapat ku tahan lagi. Apa salah ku sehinggakan aku harus kehilangn lelaki yang paling aku cintai? Aku menangis dan mula berfikir yang aku tak mampu hidup lagi tanpa Azuan. Azuan yang merubah aku dulu. Kini,tanpa dia,aku kembali jadi seperti dulu. Tiba-tiba pinggang ku terasa sakit dan sakitnya tidak dapat ku tahan. Aku rebah. Bila aku sedar,aku sudah berada di hospital. Azmi yang membawa aku ke hospital.
"Yanna,kau sebenarnya menghidap penyakit buah pinggang."Lesu suara Azmi menyatakan penyakit yang aku hidap.
Aku bahagia bila mendengarnya. Akhirnya aku akan ikut Azuan. Aku terlalu gembira. Aku ketawa dalam wad. Azmi hairan dengan sikap ku yang bahagia bila mendengar khabar buruk itu. Azmi tak akan pernah faham apa yang aku rasakan. Doktor memberi nasihat agar aku di tahan di hospital untuk rawatan lanjut. Tapi aku menolak. Kerana bagi aku tiada lagi gunanya aku hidup di dunia ini tanpa Azuan. Kini,aku rasa,aku semakin dekat dengan Azuan.
BERSAMBUNG...
Popular Posts
-
Dia membelai ku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang yang teramat dalam. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman untuknya. Aku mencapai r...
-
Ilham mendekati ku yang sedang mengamati keindahan taman. Ilham menghulurkan sebotol mineral untukku. Aku menerimanya dengan senyuman. Denga...
-
Aaaarrrgggghhhh!!!!!!!!!!!! Bosanlah hidup aku sekarang ni... Aku terlalu rindukan dia... Sampai sekarang aku tak dapat lupakan dia.. Cinta ...
-
Entah kenapa sejak kehilangan dia, hidup ku terasa sunyi dan sepi. Seolah-olah aku mayat hidup. Hidup tapi tak berperasaan. Kepergiannya mem...
-
aQ duduk di taman sambil makan burger. Tidak lama kemudian,orang yang aku tunggu-tunggu tiba juga. Sambil memberi senyuman dia duduk di sebe...
-
Hujan di tengah hari, Membuatkan aku basah, Hari demi hari ku hitung, Inikah saat dia pergi? Oh,Tuhan ku cinta dia, Jangan Engkau ambil ...
-
Aku tahu,aku bukan yang terbaik. Tapi,aku juga manusia yang punya hati nurani. kehilangan dia cukup melukakan hatiku. Aku sangat mencintai d...
-
Entahlah apa yang terjadi dengan aku. Sepatutnya aku sudah terima yang dia telah pergi dari kehidupan aku dan tak akan pernah kembali. Tapi,...
No comments:
Post a Comment