Popular Posts

Saturday, 3 December 2011

Hidup Aku Kosong

Entah kenapa sejak kehilangan dia, hidup ku terasa sunyi dan sepi. Seolah-olah aku mayat hidup. Hidup tapi tak berperasaan. Kepergiannya membunuh segala perasaan yang dulu ada di hatiku. Kini hanya tinggal perasaan marah dan sedih. Aku tak mampu untuk teruskan hidup. Aku jadi tak tentu arah. Hidup ku tiada matlamatnya. Bagaimana dia boleh bahagia padahal aku disini hampir mati menangis untuk dia?
Ramai yang mahu mengisi kekosongan dalam diri ini. Tetapi,tiada yang mampu membuka pintu hati ini. Hanya mampu mengetuk. Aku hairan. Kenapa begitu susah untuk aku membuka pintu hati ku untuk mereka? Apa kurangnya mereka? Apa lagi yang aku cari?Aku benci hidup aku begini. Aku mahu tersenyum kembali. Bahagia bersamanya. Tapi,mampukah aku dapatkan semua itu tanpanya???

No comments: