Popular Posts

Wednesday, 14 December 2011

Saat Terakhir 3

Ilham mendekati ku yang sedang mengamati keindahan taman. Ilham menghulurkan sebotol mineral untukku. Aku menerimanya dengan senyuman. Dengan tiba-tiba Ilham menghembuskan nafas lelah. Aku memandang wajah Ilham dengan harapan dapat meneka apa yang sedang bermain di fikirannya sehinggakan dia mengeluh.

"You won't find anything,Dr Chieynta." Kata Ilham. Dia kemudiannya tunduk.

"Tell me. Who knows I can help you?" Aku cuba meringankan beban Ilham.

Dengan perlahan Ilham mendongakkan wajahnya dan merenung tepat ke arah anak mata ku. Sungguh bertuah siapa yang menjadi pendamping Ilham. Sudahlah kacak,baik hati,penyayang, tinggi pula tu. Mata kami bertentang. Matanya seolah-olah memberitahu aku sesuatu namun,aku tak dapat menduganya. Aku semakin ingin tahu apa sebenarnya yang cuba Ilham sampaikan pada ku.

" I've fall in love" Katanya sambil mengalihkan pandangannya dari aku.

"If you fall in love,why you are so sad? You must be happy. Who is the lucky girl?" Aku cuba menceriakan hati Ilham walaupun sebenarnya aku tak tahu apa yang buat Ilham bersedih.

Tanpa memberi apa-apa jawapan kepada ku,Ilham terus berlalu. Aku mengejarnya dari belakang. Bila Ilham sampai di kereta,dia merenung aku. Aku dapat lihat dengan jelas butir mutiara airmata jatuh ke pipi nya, Aku jadi serba salah dengan diri ku sendiri tanpa ku tahu sebabnya.

BERSAMBUNG...

Thursday, 8 December 2011

Saat Terakhir 2

aQ duduk di taman sambil makan burger. Tidak lama kemudian,orang yang aku tunggu-tunggu tiba juga. Sambil memberi senyuman dia duduk di sebelah ku. Aku yakin,dia tahu bahawa dia lambat datang. Sudah hampir setengah jam aku menunggu dia di taman itu.

"Maaf,traffic jam. Handph0ne pula l0w bat. Jangan marah ya?" Katanya selamba.

Tanpa banyak cakap,aku menum muka Roslan. Semua kawan-kawan ku tahu yang aku tidak suka menunggu. Tiada siapa yang boleh buat aku menunggu walau seminit pun. Aku terus berlalu. Roslan mengejarku dan menarik lengan ku.

"Maaflah. Takkan lambat sikit pun dah meradang?"

"Kau tahukan yang aku paling tak suka menunggu? Apasal kau buat aku tunggu kau? Ingat kau je ke yang aku urus? Maaf ya,banyak lagi kerja ku nak di buat selain menunggu kau." Jawab ku marah.

Tanpa menghiraukan dia,aku terus berlalu. Setelah kematian Azuan,aku jadi seorang yang agresif dan buat sesuatu ikut suka hati ku tanpa menghiraukan perasaan mereka. Aku terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan Roslan yang terpingah-pingah melihat sikap ku. Rosalan adalah kekasihku yang tak pernah ku anggap sebagai kekasih. Aku menerimanya hanya untuk membalas dendam ku terhadap lelaki. Bukan hanya dia,terdapat ramai lagi lelaki yang sudah dan akan aku mainkan. Entah sampai bila aku begini. Kehilangan Azuan benar-benar memberi kesan untuk ku. Kawan-kawan ku tak mampu berkata apa-apa.

"Dann,ada orang cari kau tu. Agaknya boy kaulah tu." Kata Azmi,abang angkat ku.

"Biarlah dia. Kalau dia perlu sangat nak jumpa saya,pandai-pandailah dia datang sini. Dia bukan orang penting pun."

Tidak lama kemudian,Nik datang ke meja di mana aku dan kawan-kawan ku sedang berbual. Nik menghempas meja itu menyebabkan air minuman kami tertumpah. Aku dengan marah memukul Nik tanpa belas kasihan. Kawan-kawan ku menarik aku dan meleraikan pergaduhan itu. Azmi menarik kolar baju Nik.

"Kau apasal? Tiba-tiba je cari gaduh kat tempat orang?"

"Kau tanya pada Yanna! Kenapa dia mainkan perasaan aku? Aku ikhlas menyayangi dia!"

"Hoi!!! Kau tak perasan ke? Selama ni,aku tak pernah suka kau! Walau apa pun yang kau buat,aku takkan pernah suka dengan kau!!! Kau bukan sesiapa lah untuk aku!!!" Aku mengelap darah yang keluar dari mulutku.

Nik berlalu dengan kemarahan yang meluap dalam dirinya. Aku telah sematkan dalam diri ku,aku takkan mencintai sesiapa kerana hatiku hanya milik Azuan. Lelaki pertama yang aku cintai. Dia telah mengubur kan perasaan cinta ku bersama jasadnya. Aku tak mungkin dapat mencintai lelaki lain dalam diri aku walaupun lelaki itu terlalu mencintai aku dan sanggup melakukan apa saja untukku. Aku sudah terlanjur membenci lelaki. Walaupun kawan-kawan ku semua lelaki.

Aku sampai ke rumah pada pukul 2 pagi. Aku buka radio. Lagu yang ke udara sekarang adalah lagu Agnes monica,Tanpa Kekasihku. Airmataku mengalir dan tak dapat ku tahan lagi. Apa salah ku sehinggakan aku harus kehilangn lelaki yang paling aku cintai? Aku menangis dan mula berfikir yang aku tak mampu hidup lagi tanpa Azuan. Azuan yang merubah aku dulu. Kini,tanpa dia,aku kembali jadi seperti dulu. Tiba-tiba pinggang ku terasa sakit dan sakitnya tidak dapat ku tahan. Aku rebah. Bila aku sedar,aku sudah berada di hospital. Azmi yang membawa aku ke hospital.

"Yanna,kau sebenarnya menghidap penyakit buah pinggang."Lesu suara Azmi menyatakan penyakit yang aku hidap.

Aku bahagia bila mendengarnya. Akhirnya aku akan ikut Azuan. Aku terlalu gembira. Aku ketawa dalam wad. Azmi hairan dengan sikap ku yang bahagia bila mendengar khabar buruk itu. Azmi tak akan pernah faham apa yang aku rasakan. Doktor memberi nasihat agar aku di tahan di hospital untuk rawatan lanjut. Tapi aku menolak. Kerana bagi aku tiada lagi gunanya aku hidup di dunia ini tanpa Azuan. Kini,aku rasa,aku semakin dekat dengan Azuan.

BERSAMBUNG...

Saat Terakhir

Dia membelai ku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang yang teramat dalam. Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman untuknya. Aku mencapai rokok dan mancis di sebelah beg galas ku. Aku mengambil sebatang rokok dan menghisapnya. Azuan memecah kesunyian.

"Adik,kalau boleh,abang nak adik kurangkan merokok. Adik tahukan,itu memudaratkan kesihatan adik?"

"Ya adik tahu. Adik cuba ya? Abang pun bimbing adiklah." Aku menjawab dengan penuh manja.

Dia tersenyum. Senyumannya indah dan sangat bermakna buat aku. Tidak lama kemudian,dia membuka komputer ribanya untuk menyiapkan kerjanya. Walaupun dia tua 5 tahun dariku,tapi,dia sangat mengerti keadaan aku.Dia selalu memberi semangat dikala aku kecundang.

"Yanna,mana Azuan?"Tanya Khairul,rakan sekuliah Azuan.

"Entah. Tadi dia kata,ada hal penting yang dia nak buat. Agaknya dia beli buku lah tu." Jawabku selamba.

Tiba-tiba dia menghulurkan sekuntum bunga mawar merah di hadapan ku. Aku tergamam. Aku merenungnya untuk seketika sebelum bertanya kenapa dia memberi aku bunga. Senyumannya buat aku kaku dan lidah ku keluh untuk berkata apa-apa. Renungannya menusuk ke dalam hati ku. Aku jadi hilang kawalan.

"Selamat hari jadi." Itu ayat yang keluar dari mulutnya.

Aku terus memeluknya dan airmataku berlinang tanpa pinta ku. Dia selalu memberi aku kejutan dan selalu membahagiakan aku. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan selain menangis di pelukannya. Dia ingat hari lahir ku sedangkan aku sendiri lupa. Aku cuba mengawal emosi ku dan meleraikan pelukan yang cukup lama. Dengan lembut dia mengusap airmata yang membanjiri pipi. Tangisan ku redah bila dia menghadiahkan senyuman yang paling manis.

"Abang sayangkan adik. Abang hanya nak tengok adik tersenyum dan bahagia bersama abang. Abang akan terseksa dan merasa bersalah seumur hidup abang kalau adik terluka kerana abang." Itu katanya semasa kami berada di tepi pantai.

Angin yang bertiup menyapa rambutnya. Sambil dia memegang tanganku,dia berlutut di hadapan ku tanpa menghiraukan mata yang memandang ke arah kami. Dia mengucup tangan ku yang sejuk. Lalu matanya yang berwarna coklat merenung tepat ke arah anak mata ku. Dia memang kacak.

"Sudikah adik menemani abang sehingga abang menghembuskan nafas terakhir abang?"

Tanpa berlengah aku terus mengangguk. Dia berdiri dan terus memelukku dengan pelukan hangatnya. Seolah-olah pelukan itu takkan terlerai untuk selamanya. Aku bahagia dan tak mampu mengawal emosi ku. Aku hanya seorang wanita yang sudah tentu mempunyai perasaan yang mudah tersentuh. Dialah lelaki pertama yang membuat aku rasa di sayangi dan di sanjung. Dia terlalu istimewa untukku dan begitu juga dia. Sedikit demi sedikit aku berubah.

Kemeriahan malam itu tidak mengganggu pandangannya terhadap aku. Aku tersipu dengan renungannya. Aku juga hairan dengan renungannya. Tidak pernah dia merenung aku sebegitu rupa. Ada maksud yang tersirat dalam renungannya itu.

"Kenapa abang pandang adik macam tu?"

"Abang cuma berfikir. Kalau suatu hari abang mati,adakah adik akan melupakan abang?"

Aku tergamam dan dengan serta merta airmata mula menyelubungi mata ku. Aku terkilan dengan katanya tadi. Seolah-olah perkara itu akan terjadi.

"Kenapa abang cakap macam tu? Abang nak tinggalkan adik ke?"

"Tak,itukan cuma andaian abang. Abang tak mungkin dapat hidup tanpa adik. Abang terlalu sayangkan adik. Terlalu cintakan adik."

"Habis tu,kenapa abang cakap macam tu? Adik tak nak abang ulang lagi! Adik tak suka."

Dia senyum. Senyumannya kelihatan hambar dan tak bermaya,tidak seperti selalunya. Aku mula terfikir akan ayatnya sebentar tadi. Akankah aku mampu? Tidak! Aku tak mungkin mampu. Aku cuba melupakan katanya tadi.

Sudah seminggu Azuan di kampungnya. Walaupun rindu tapi,aku lega kerana dia akan menghubungiku setiap lima jam. Satu malam,dia menghubungi ku tapi,aku terasa amat jauh darinya. Hati ku berdegup kencang.

"Adik sayang abang tak?"

"Mestilah adik sayang. Kan bulan depan ibu nak datang merisik adik? Kita akn bertunang tak lama lagi. Kalau adik tak sayangkan abang,kenapa adik setuju nak bertunang dengan abang?"

"Abang tanya je. Erm,kalau kita tak jadi bertunang,dan abang dah takde kat dunia ni lagi,adik buka hati adik untuk orang lain ya?"

"Apa abang cakap ni?! Abang tak nak tunang dengan adik ke?! Abang tak sayang  adik?!"

"Tak,bukan begitu. Abang sayang adik. Abang nak bertunang dengan adik. Malah,abang nak bina keluarga yang bahagia bersama adik. Tapi,semua nya ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang sayang."

"Abang jangan tinggalkan adik tau! Adik tak mahu!"

"Insya Allah."

Malam itu aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Setiap kali aku mahu terlelap,sesuatu mengganggu ku. sehingga keesokan harinya. Aku rasa tak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang buruk telah terjadi. Azuan tidak menghubungiku sejak Subuh tadi. Aku mula risau. Wajah Azuan sering bermain di fikiran ku. Apa yang aku lakukan serba tak kena. Selepas pulang dari sekolah,aku terus mencapai telefon bimbit ku.

"Ya Allah. 40 miss call dari abang."

Aku terus menghubungi Azuan.

"Assalamualaikum,Yanna?" Suara ibu,emak Azuan,di talian. Aku mula berdebar. Suaranya serak seperti baru habis menangis.

"Waalaikumsalam,bu. Ibu kenapa? Ibu sihat?" Tanya ku.

"Yanna tabah dan kuatkan hati ya? Ibu nak bagi berita buruk ni."Belum sempat ibu bercakap,ibu meraung. Aku semakin gementar. Apa yang terjadi? Azhim,adik Azuan yang sebaya dengan ku mengambil alih telefon dan bercakap dengan ku.

"Abang Azuan dah meninggal dunia,Yanna. Meninggal dua jam yang lepas. Kami dah cuba hubungi Yanna,tapi,Yanna tak angkat. Mungkin masa tu Yanna kat sekolah."

Aku terkejut. Airmata ku mengalir tak tertahan lagi. Telefon jatuh ke lantai. Aku tak mampu untuk berdiri. Pandangan ku gelap. Tubuhku hilang keseimbangan. Benarkah semua ini? Atau aku hanya bermimpi? Aku terduduk. Aku tersedar dari lamunan ku dan mencapai telefon bimbit ku kembali dan menghubungi Azhim.

"Abang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa hendak membeli tiket balik kesana. Abang bawa motor Him. Yanna tabah,ya? Him tahu Yanna boleh hadapi semua ini. Semua ini ketentuan Allah."

Sudah sebulan kepergian Azuan. Aku masih berkabung. Keceriaan ku hilang. Aku selalu duduk termenung di tepi pantai di mana tempat Azuan melamar ku. Airmata tak henti mengalir. Kenapa kami di pisahkan? Semas dalam perjalanan pulang,Azhim menghubungi aku.

"Yanna,saya ada kat rumah abang. Saya datang nak ambil barang-barang abang. Tapi,ada sesuatu yang saya rasa ianya milik awak dan harus awak ambil disini."

"Baiklah,awak tunggu saya kat (tempat abang Azuan belajar). Saya on the way."

Sepucuk surat di beri oleh Azhim kepada ku. Aku terimanya dengan tangan yang tergetar. Aku membaca isi surat itu. Aku rebah. Azhim memelukku dan menenangkan aku. Azhim turut menangis bersamaku. Kami telah kehilangan orang yang sangat istimewa untuk kami.

Isi surat:

Sunday, 4 December 2011

Sejak dia pergi

Entahlah apa yang terjadi dengan aku. Sepatutnya aku sudah terima yang dia telah pergi dari kehidupan aku dan tak akan pernah kembali. Tapi,semakin aku mahu melupakan dia,semakin aku ingat pada dia. Dia seolah-olah bayangan yang sentiasa menghantui ku dan tak akan pernah keluar dari hidup aku. Aku akui yang aku sangat terseksa sejak kepergian dia. Tapi,seharusnya aku dah boleh terima itu semua. Aku tak bermakna untuk dia lagi. Tapi,kenapa dia masih bermakna dalam hidup aku? Kenapa aku merasa yang dia akan kembali ke pangkuan ku? Semua itu adalah mustahil. Aku tersepit dalam perasaan ku sendiri. Dia hanyalah masa lalu ku. Aku mula terfikir yang aku adalah manusia yang paling bodoh kerana telah menerimanya dalam hidup aku tanpa menyedari yang dia hanya mempermainkan aku. Cinta itu memang satu anugerah. Namun,kalau kejadiannya sudah begini,adakah ini satu anugerah? Aku keliru. Bagaimana perasaan cinta ini boleh wujud kembali setelah begitu lama terkubur? Bagaimana dia boleh membuka hati ku yang sekian lama tertutup untuk mencintai? Aku tertanya-tanya. Selama ini tiada siapa yang mampu melakukan ini. Kenapa dia?
Sekarang semua lagu yang sering dimainkan seolah-olah mengenakan aku. Seperti lagu Sudahi perih ini,Bukan milikku,Beri kesempatan dan lain-lainnya. Perasaan aku terganggu bila dengar lagu-lagu itu. Apa yang harus aku lakukan? Muzik adalah dunia ku. Tak mungkin aku akan berpisah dengan dunia ku. Dunia yang telah bersama aku sejak aku di lahirkan.Aku bingung. Situasi ini sangat menyakitkan aku. Rindu di hati semakin meluap. Aku sangat cintakan dia. Aku mahu dia. Tapi,aku sedar,aku tak akan dapat. 

Saturday, 3 December 2011

Hidup Aku Kosong

Entah kenapa sejak kehilangan dia, hidup ku terasa sunyi dan sepi. Seolah-olah aku mayat hidup. Hidup tapi tak berperasaan. Kepergiannya membunuh segala perasaan yang dulu ada di hatiku. Kini hanya tinggal perasaan marah dan sedih. Aku tak mampu untuk teruskan hidup. Aku jadi tak tentu arah. Hidup ku tiada matlamatnya. Bagaimana dia boleh bahagia padahal aku disini hampir mati menangis untuk dia?
Ramai yang mahu mengisi kekosongan dalam diri ini. Tetapi,tiada yang mampu membuka pintu hati ini. Hanya mampu mengetuk. Aku hairan. Kenapa begitu susah untuk aku membuka pintu hati ku untuk mereka? Apa kurangnya mereka? Apa lagi yang aku cari?Aku benci hidup aku begini. Aku mahu tersenyum kembali. Bahagia bersamanya. Tapi,mampukah aku dapatkan semua itu tanpanya???

Cinta ku...

Hujan di tengah hari,
Membuatkan aku basah,
Hari demi hari ku hitung,
Inikah saat dia pergi?

Oh,Tuhan ku cinta dia,
Jangan Engkau ambil dia,
Ingin aku bersama dia.
Kalau perlu ambil juga aku.

Aku tak baisa membuka hatiku,
aku tak bisa melupakan dia,
aku tak bisa pergi jauh dari hidup dia.

Aku ingin selalu bersamanya,
walau harus ku korbankan nyawa,
Jangan Engkau pisahkan kami,
Kerna aku cinta dia...

Cinta ku hanyalah untuk dia....

Friday, 2 December 2011

aQ rndu dy,...

Aaaarrrgggghhhh!!!!!!!!!!!! Bosanlah hidup aku sekarang ni... Aku terlalu rindukan dia... Sampai sekarang aku tak dapat lupakan dia.. Cinta ku kepadanya pun tak pernah berkurang malah semakin bertambah,... Aku bodoh kerana aku terlalu ikut keinginan aku yang tanpa sedar ku hanya menyakitkan dia dan menyebabkan aku kehilangan dia... Aku menyesal... Sekarang aku mula sedar yang dia adalah hidup aku.. Aku tak mampu hidup tanpa dia... Aku terlalu rindukan dia dan aku sanggup buat apa sahaja demi melihat dia walaupun dari jauh... Walaupun aku harus menyamar jadi orang lain hanya untuk melihat dia... Melihat senyumannya yang suatu ketika dulu pernah membuat aku jatuh cinta... Walaupun senyuman itu bukan untuk aku,tapi,aku mahu melihatnya untuk meleraikan kerinduan ini walaupun sedikit dan seketika... Aku tak akan berhenti berdoa untuk kebahagiaannya... Kerana kebahagiaannya amat penting buat aku... Biarlah aku terseksa... Yang penting dia bahagia... Aku tak akan pergi jauh dari hatinya... Namun,jasad ku akan jauh dari dia kerana aku tak mampu menghadapinya... banyak yang aku belajar dari dia... Cinta tak seharusnya memiliki... dan cinta juga perlukan pengorbanan yang besar walaupun diri sendiri akan terkorban... Inilah cinta... Inilah pengorbanan cinta ku untuk dia...
Jahir,aku terlalu cintakan kau.... Aku akan mencintai kau untuk selama-lamanya...